Islam Ibarat Sebatang Pokok

RM 5.00

Tujuan beribadah adalah untuk melahirkan akhlak mulia yakni berakhlak dengan Allah dan berakhlak sesama manusia.

Seperti juga menanam pokok demi mendapat buah-buahan yang ranum dan enak.

Buah yang segar manis itu persis akhlak yang mulia,yang dihiasai taqwa ketenangan dan kebahagiaan.

Pohon yang rendang dan subur menajdi tumpuan makhluk Allah,burung-burung mencari rezeki dan membina sarang, insan datang berteduh dan memakan buah.

Demikin juga insan berakhlak mulia sentiasa memberi manfaat kepada makhluk Allah.

Setiap asas pokok menjadi simbol dalam kehidupan seorang Muslim bagi memainkan peranannya :

* Akar ~ Rukun Iman
* Batang ~ Rukun Islam
* Dahan ~ Fardhu Kifayah
* Ranting ~ Amalan Sunat
* Daun dan Bunga ~ Perkara-perkara harus dan Syiar Islam
* Buah ~ Akhlak