Poster

Lantas Untuk Apa Manusia Dihidupkan

RM 5.00

Poster ini sesuai untu dijadikan renungan buat teman-teman dan ahli keluarga di pejabat atau di rumah tentang apakah tujuan utama Allah menghidupkan manusia?Supaya kita sebagai manusia tidak leka dan lupa tentang tujuan sebenar kita di muka bumi Allah ini.

Lantas Untuk Apa Manusia Dihidupkan??

Allah SWT menyatakan bahawa tujuan hidup manusia adalah

* Untuk menghambakan diri atau beribadah hanya kepada Allah. Dengan sifat kehambaan itu,
manusia bangun berperanan untuk mentadbir alam Tuhan ini dengan sebaik-baiknya

Ikrar Diriku Dua Kalimah Syahadah

RM 5.00

Iya, setiap Muslim pasti mengungkapkan dua kalimah syahadah itu sebagai pengakuan bahawa tiada tuhan berhak disembah melain Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

Namun sejauh manakah kita tahu pengertian disebalik pengakuan tersebut?Apakah kita cukup mendalami maksud sebenar ikrar itu?

Pada hakikatnya, "La Ilaha Illallah Muhammadun Rasulullah" ialah satu perisytiharan kemerdekaan diri manusia dari segala ikatan kecuali ikatan Allah.

Poster ini menerangkan mesej pengertian dua kalimah syahadah

* Hanya Allah disembah
* Takut hanya kepada Allah
* Tawakkal kepada Allah

Wasiat Terakhir Nabi Muhammad

RM 5.00

Poster ini menceritakan tentang Khutbah terakhir yang disampaikan oleh junjungan Nabi Muhammad kekasih Allah menjelang detik perpisahan baginda dengan umatnya pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah,632 Masehi, di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Spesifikasi Poster

1. Saiz ~ 15in x 24 in
2. Kertas ~ Art Paper 230gm
3. Kemasan ~ Lapisan Glossy
4. Berat ~

* 1 helai ~ 0.07 kg
* 10 helai ~ 0.7 kg
* 100 helai ~ 7 kg

Rukun Iman Jana Kuasa Hidup Mukmin

RM 5.00

Rukun Iman Jana Kuasa Hidup Mukmin
Rukun Iman Jana Kuasa Hidup Mukmin

Poster ini menerangkan tentang Rukun Iman yang bisa menjana kuasa hidup seorang Mukmin :

* Beriman kepada Allah
* Beriman kepada para Malaikat
* Beriman kepada Kitab
* Beriman kepada Nabi & Rasul
* Beriman kepada Hari Kiamat
* Beriman kepada Qadha & Qadar

Iman itu adalah harta yang sangat berharga untuk seorang Muslim. Ia merupakan kekuatan yang menggerakkan seluruh tubuh insan untuk sentiasa taat dan patuh kepada Allah SWT.

Spesifikasi Poster

1. Saiz ~ 15in x 24 in

Pimpinan Kasih Sayang Nabi Muhammad

RM 5.00

Poster ini

* menceritakan sedikit sebanyak tentang keperibadian RasulullAllah Muhammad

* perjalanan dan perjuangan baginda dalam menyebarkan agama Allah

* beberapa pernyataan bebeapa tokoh dari seluruh dunia tentang Nabi Muhammad seperti Napoleon Bonaparte, Ghandi, Karen Amstrong dan banyak lagi. Mereka menyatakan bagaimana keperibadian Nabi Muhammad mempengaruhi masyarakat dunia.

Spesifikasi Poster

1. Saiz ~ 15in x 24 in
2. Kertas ~ Art Paper 230gm
3. Kemasan ~ Lapisan Glossy
4. Berat ~

* 1 helai ~ 0.07 kg
* 10 helai ~ 0.7 kg

Islam Ibarat Sebatang Pokok

RM 5.00

Tujuan beribadah adalah untuk melahirkan akhlak mulia yakni berakhlak dengan Allah dan berakhlak sesama manusia.

Seperti juga menanam pokok demi mendapat buah-buahan yang ranum dan enak.

Buah yang segar manis itu persis akhlak yang mulia,yang dihiasai taqwa ketenangan dan kebahagiaan.

Pohon yang rendang dan subur menajdi tumpuan makhluk Allah,burung-burung mencari rezeki dan membina sarang, insan datang berteduh dan memakan buah.

Demikin juga insan berakhlak mulia sentiasa memberi manfaat kepada makhluk Allah.

Asas Hidup Islam

RM 5.00

Poster ini mengandungi pengertian dan penjelasan untuk setiap rukun. Bagus untuk semua peringkat umur terutamanya anak-anak atau saudara Muslim yang baru mengenal Islam. Input yang padat dan mudah difahami.

Agama Islam dibina dengan lima rukun utama :

* Mengucap dua kalimah syahadah
* Solat 5 waktu sehari semalam
* Puasa di bulan Ramadhan
* Menunaikan zakat
* Mengerjakan Haji di Baitullah

Al-Quran:Mesej Ilahi Buat Kita

RM 5.00

Sungguh, Al-Quran bukan hal yang biasa-biasa, Al-Quran itu satu anugerah paling menakjubkan, datangnya dari alam ghaib, alam tinggi, datangnya dari Allah Yang Maha Esa, Tuhan yang menjadikan insan, Tuhan Yang menjadikan langit dan bumi, alam semesta, planet, bintang dan segala galaksi yang tersebar di alam infiniti.

Antara mesej yang diterangkan dalam poster ini :

* Memperkenalkan Allah sebagai tuhan empunya seluruh jagatraya ini
* Memperjelaskan hakikat & tujuan hidup insan
* Memberitakan tentang syurga sebagai destinasi akhir yang terbaik

Selawat Tafrijiyyah

RM 6.00
poster, selawat tafrijiyyah

Poster ini mengandungi Bacaan selawat tafrijiyyah dan juga fadhilatnya.

* Dinamakan Selawat Tafrijiyah kerana kalau diamalkan, akan dapat melepaskan segala masalah dan kesulitan serta kesusahan dalam hidup.
* Dinamakan juga Selawat Nariyah kerana kalau diamalkan akan mendapat nur dan hidayah dari Allah.
* Dinamakan juga Selawat Kamilah kerana kalau
diamalkan, akan beroleh hajat, baik urusan dunia dan akhirat.

Dengan izin Allah jua.

Spesifikasi Poster

1. Saiz ~ 15in x 24 in
2. Kertas ~ Art Paper 230gm
3. Kemasan ~ Lapisan Glossy

Asma ul Husna

RM 6.00
poster asmaulhusna, asma ulhusna
frame, asmaulhusna

Poster ini mengandungi 99 Nama-nama ALLAH Yang Indah

Sabda Rasulullah sallALLAHu alaihi wasallam:

"Sesungguhnya ALLAH memiliki 99 nama, seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghafalnya) akan masuk syurga." - Sahih Bukhari

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu. (al-A'raaf (7) : 180)

Dalam poster ini, nama-nama Allah dipersembahkan melalui 3 bahasa-Arab,Melayu dan Inggeris.

Spesifikasi Poster

1. Saiz ~ 15in x 24 in
2. Kertas ~ Art Paper 230gm