RM 19.00
"Mencari bahagia ..."
Kebahagian adalah antara nikmat Allah S.W.T yang terbesar, yang dikurniakan kepada para hambaNya. Ia adalah antara sifat pemurah Allah S.W.T kepada manusia.
Namun, ramai manusia gagal mencarinya. Mengapa?
Ini kerana, manusia cuba mencari makna kebahagiaan selain daripada makna kebahagiaan sebenar. Oleh itu, semakin manusia mendekati makna kebahagiaan ciptaannya, semakin dia menjauhi makna kebahagiaan hakiki dan abadi. Oleh kerana itu, semakin dia mencari "bahagia", semakin dia temui duka dan sengsara.